Sejarah Pandu Puteri

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916.  Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tah...


Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.






Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Secara keseluruhannya Pandu Puteri mempunyai 3 tahap.

i) Tunas Puteri (Pandu Puteri Tunas)
ii) Pandu Puteri
iii) Renjer Puteri



i) Tunas Puteri (Pandu Puteri Tunas)




Dahulunya dikenali sebagai Tunas Puteri tapi sekarang ia sudah ditukar kepada Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh pelajar perempuan berumur 7 - 12 tahun sahaja.


Pakaian Pandu Puteri Tunas

  1. Kemeja hijau berlengan panjang
  2. Seluar panjang biru tua
  3. Skaf (berwarna coklat)
  4. Lambang kumpulan
  5. Lambang Negeri
  6. Woggle
  7. Lencana dunia
  8. `Shoulder Flashes'
  9. Stoking hitam
  10. Kasut hitam
  11. Tudung hitam


 ii) Pandu Puteri






Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh remaja perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja. 


Cogan Kata/Motto

"SELALU SEDIA"

Keahlian

  1. Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur antara 11 hingga 15 tahun.
  2. Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian Pra-Persetiaan.

Pasukan Pandu Puteri Remaja

  1. Jumlah ahli yang maksimum bagi sesuatu Pasukan Pandu Puteri Remaja adalah 36 orang dan jumlah minimum pula ialah 16 orang.
  2. Tiap-tiap satu Pasukan Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kapten dan seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan.
  3. Tiap-tiap pasukan Pandu Puteri Remaja dalam sesebuah daerah hendaklah disahkan dahulu oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan dengan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dipenuhi dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri kepada Ibu Pejabat Kebangsaan bersama-sama dengan yuran pendaftarannya.
  4. Tiap-tiap Pasukan Pandu Puteri Remaja dikehendaki membaharui pendaftarannya dan mengemaskinikan bilangan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya daerah dan Pesuruhjaya Negerinya. Pembaharuan ini tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun.

Persetiaan Pandu Puteri Remaja

"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja"

Undang-Undang Pandu Puteri

  1. Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai.
  2. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia.
  3. Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain.
  4. Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain.
  5. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan.
  6. Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar.
  7. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah
  8. Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan.
  9. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat.
  10. Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Hormat Pandu Puteri Remaja

Tiga jari tangan ditegakkan, ibu jari diletakkan di atas jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi.

Pakaian Seragam Pandu Puteri Remaja

  1. Baju kemeja berwarna hijau
  2. Skaf (berwarna kuning)
  3. Jata Negeri
  4. Woggle
  5. `Shoulder Flashes'
  6. Lambang Kumpulan
  7. Lencana Dunia
  8. Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja
  9. Seluar panjang biru tua
  10. Stoking hitam
  11. Kasut hitam
  12. Tudung hitam

     iii) Renjer Puteri


Pandu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer.

Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.


UNIT PANDU PUTERI RENJER
Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya.
PERSETIAAN PANDU PUTERI RENJER
"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap masa, dan,
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Renjer."

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI RENJER
  1. Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.
  2. Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.
  3. Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.
  4. Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang lain.
  5. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.
  6. Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.
  7. Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.
  8. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan.
  9. Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.
  10. Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

PAKAIAN PANDU PUTERI RENJER
  1. Baju kemeja hijau berlengan panjang
  2. Skaf berwarna biru tua
  3. Jata Negeri
  4. Woggle
  5. `Shoulder Flashes'
  6. Lencana Dunia
  7. Lencana Pelantikan Pandu Puteri Renjer
  8. Seluar panjang biru tua
  9. Stoking hitam
  10. Kasut hitam
  11. Tudung hitam

    Kembali ke 

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images